PERUTUSAN YBHG DATIN PADUKA PENGERUSI NEGERI KEDAH

PERUTUSAN YBHG DATIN PADUKA PENGERUSI PUSPANITA

NEGERI KEDAH




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat saya merakamkan sepatah dua kata di dalam ruangan ini. 

​Saya amat berharap dengan adanya laman web ini, lebih banyak maklumat serta informasi yang terkini akan dapat disebarkan dengan segera untuk menarik perhatian ahli PUSPANITA serta dapat di manfaatkan sepenuhnya oleh semua pihak.

​Sehubungan dengan itu, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua yang telah berusaha dan bekerjasama, terutamanya Jawatankuasa Biro Pembangunan ICT  yang telah berusaha membangunkan laman ini.

 Saya juga ingin menyeru kepada seluruh ahli gabungan yang berada di seluruh daerah untuk sentiasa berganding bahu dan bekerjasama erat di dalam melaksanakan aktiviti di peringkat daerah dan negeri , selaras dengan slogan “ Wanita Sepakat, Negara Meningkat”. Kerjasama strategik yang bakal laksanakan juga perlu mengambil kira impak kepada ahli serta masyarakat bagi memastikan apa yang kita hulurkan dapat memberikan manfaat kepada penerima.

 Akhir kata, saya sentiasa mendoakan agar hubungan silaturrahim di antara kita dapat di eratkan melalui peranan kita sebagai ahli PUSPANITA dan juga melalui program-program serta aktiviti yang di laksanakan dan kita semua akan terus komited di dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab dan peranan kita sebagai ahli , anggota masyarakat dan juga sebagai penjawat awam, demi melahirkan modal insan yang mampu berdaya saing serta mampu mengharungi cabaran di masa akan datang.

Salam Sejahtera,

YBhg. Datin Paduka Hariyanti binti Amit

Pengerusi PUSPANITA Negeri Kedah Darul Aman