TINTA PENGERUSI

TINTA PENGERUSI



Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum w.r.t
Alhamdulillah, marilah sama-sama kita memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi atas limpah rahmat dan izin-Nya laman web PUSPANITA daerah Yan dapat direalisasikan.

Terlebih dahulu saya inginmerakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli PUSPANITA daerah Yan yang begitu kasih kepada persatuan ini. Sesungguhnya, saya berkeyakinan bahawa peranan persatuan ini sentiasa relevan dan penting sebagai persatuan kebajikan yang dapat menyatukan golongan suri dan penjawat awam wanita.

Persatuan yang dianggap aksesori ini dapat mempertemukan wanita untuk menjalankan aktiviti kemasyarakatan dan meningkatkan  peranan mereka dalam melakukan kebajikan sesuai dengan fitrah wanita itu sendiri yang sifatnya lemah lembut. Selaras dengan motto “Wanita Sepakat Negara Meningkat” , saya menyeru agar ahli-ahli PUSPANITA Daerah ini sentiasa berlapang dada dalam melaksanakan peranan masing-masing.  

Apabila berdepan dengan sebarang masalah, kita harus sama-sama menyelesaikannya ibarat aur dengan tebing dan mengutamakan sikap muafakat kerana muafakat membawa berkat.

Akhir kalam, saya berharap semua ahli persatuan ini sentiasa menjaga keharmonian dan seronok menjalankan peranan yang diberi.  Semoga Allah sentiasa memudahkan urusan kita.
Sekian, terima kasih.



PUAN AMILA BINTI AHMAD
Pengerusi
PUSPANITA DAERAH YAN